Soalan Lazim Anugerah Dalam Talian Anugerah Stevie Asia-Pasifik

Tarikh dan Masa

S : Bila dan dimanakah Anugerah Stevia Asia Pasifik 2022 akan berlangsung?

J : Majlis penganugerahan akan dilangsungkan secara atas talian pada hari Rabu, 29 Jun 2022 pada pukul 2 tengahari masa piawai Korea

 

 

Kos Majlis, Tarikh Akhir Pendaftaran dan Manfaat

S : Berapakah kos untuk menghadiri Anugerah Stevie Asia-Pasifik 2022?

J : Berikut adalah harga pendaftaran dan tarikh akhir:

Sehingga 15 Jun, 2022: A.S. $495 untuk pendaftaran seluruh ahli organisasi anda mengambil bahagian dalam majlis atas talian

16 Jun, 2022 sehingga 21 Jun, 2022: A.S. $545 untuk pendaftaran  seluruh ahli organisasi anda menyertai majlis atas talian

21 Jun 2022 adalah hari terakhir pendaftaran yang akan diterima

Bayaran balik dan pembatalan tidak akan diterima selepas 19 Jun 2022

S : Bagaimanakah cara saya membeli tiket pendaftaran acara tersebut?

J : Pemenang Anugerah Stevie® boleh membeli tiket pendaftaran Majlis Anugerah atas talian 29 Jun dengan melawat laman pembelian tiket di laman web Anugerah Stevie Asia-Pasifik. Jika perlu, kami boleh membuat tempahan tiket luar talian untuk anda. Bagi permintaan ini, sila e-mel kepada kami di help+asia@stevieawards.com.

 

S : Apakah yang akan diterima oleh para pembeli tiket pendaftaran?

J : Setiap organisasi yang membeli tiket pendaftaran akan layak mendapat seperti berikut:

Keupayaan untuk membolehkan seluruh organisasi, rakan dan ahli keluarga menyertai majlis anugerah atas talian

Hak untuk semua peserta anda mewujudkan rangkaian dan menyusun masa untuk bermesyuarat secara video dengan peserta lain daripada organisasi pemenang Stevie lain, para hakim dan sidang media.

Logo ciptaan khas untuk pemenang dan pakej grafik yang akan digunakan untuk mempromosikan kemenangan Stevie anda

Semua peserta anda akan berpeluang mengambil gambar dan ditemu bual sepanjang sesi karpet merah atas talian

Sediakan video ucapan penerimaan induk yang akan kami paparkan semasa penyampaian anugerah atas talian anda

Semua peserta anda akan dapat mempelajari dan melibatkan diri dengan para penaja

 

Kehadiran

S: Siapa yang boleh menghadiri Anugerah Stevie Asia-Pasifik 2022?

J: Mana-mana individu atau organisasi boleh membeli tiket pendaftaran, tetapi biasanya hanya pemenang Anugerah Stevie dan tetamu mereka yang hadir.

 

S: Adakah pemenang Anugerah Stevie akan menerima tiket pendaftaran percuma untuk acara tersebut?

J: Tidak, semua yang ingin menghadiri acara tersebut mesti membeli tiket pendaftaran.

 

S: Adakah pemenang Anugerah Stevie diwajibkan untuk menghadiri acara tersebut?

J: Tidak, pemenang Anugerah Stevie tidak diwajibkan untuk menyertai majlis atas talian pada 29 Jun, 2022. Penyertaan adalah pilihan sendiri

 

S: Organisasi kami memilih untuk tidak daripada membayar kos penghantaran dan menerima anugerah fizikal kami. Adakah kami masih boleh menyertai majlis anugerah atas talian?

J: Ya. Walaupun anda memilih untuk tidak menerima anugerah anda, anda masih membeli tiket pendaftaran sekaligus mendapatkan semua faedah.

 

Susun atur acara

S: Bagaimanakah susun atur majlis anugerah atas talian Anugerah Stevie Asia-Pasifik 2022?

J: Susun atur akan dikongsi beberapa hari sebelum majlis anugerah pada 29 Jun. Jadi, anda boleh melihat bila ucapan anugerah organisasi anda akan berlansung.

 

S: Bagaimanakah cara saya menonton majlis anugerah dalam talian?

J: Majlis anugerah dalam talian berlangsung di YouTube Live dan boleh ditonton di Swapcard. Jika anda ingin menghantar pautan langsung YouTube ke seluruh organisasi anda, sila e-mel ruslana@stevieawards.com. Jika YouTube disekat di negara anda, sila e-mel ruslana@stevieawards.com supaya kami boleh mencari penyelesaian lain.

 

Pemakaian dan Tiket pendaftaran

S: Apakah pakaian untuk majlis anugerah dalam talian?

J: Ini adalah acara dalam talian, jadi anda akan menonton majlis anugerah dari rumah atau pejabat anda, tetapi business attire sangat disyorkan sepanjang sesi temu duga karpet merah atas talian, sesi bergambar dan pra-rakaman ucapan penerimaan anugerah anda.

 

S: Bagaimanakah cara saya menerima tiket pendaftaran yang dibeli?

J: Apabila anda mendaftarkan organisasi anda, kami akan menghantar arahan kepada anda bagaimana untuk menambahkan peserta dalam pendaftaran anda. Anugerah Stevie akan menghantar e-mel kepada setiap peserta tambahan pada pendaftaran anda beserta alamat pautan unik, supaya setiap peserta boleh menghadiri acara atas talian.

 

Anugerah yang disampaikan

S: Anugerah manakah yang akan disampaikan atas talian semasa majlis tersebut?

J: Semua anugerah yang dimenangi oleh organisasi yang mengambil bahagian (Hadiah Utama, Emas, Perak dan Gangsa) akan disampaikan.

 

S: Adakah pemenang Stevie yang tidak hadir pada majlis atas talian akan turut diumumkan?

J: Tidak. Semua pemenang telah pun diumumkan, jadi hanya organisasi yang mendaftar sahaja akan menerima anugerah semasa majlis tersebut.

 

Cara Penyampaian Anugerah 

S: Berapa kali organisasi kami akan diumumkan pada majlis anugerah?

J: Setiap organisasi akan diumumkan sekali pada majlis anugerah atas talian. Video pendek mengenai organisasi pemenang yang dihasilkan oleh pihak penganjur akan ditayangkan, diikuti dengan video pra-rakaman ucapan anugerah yang disediakan oleh organisasi pemenang.

 

S: Bagaimanakah susunan organisasi yang diumumkan pada majlis anugerah?

J: Buat masa ini, kami merancang untuk mengumumkan anugerah mengikut urutan pendaftaran. Jika sehingga 150 atau lebih organisasi ingin menghadiri majlis anugerah atas talian, majlis anugerah boleh dibahagikan kepada dua bahagian dan berlangsung selama dua hari. Dalam kes ini, kami akan memberikan anda notis awal.

 

S: Bagaimanakah anda menggerakkan pemenang dipanggil ke pentas pada majlis anugerah atas talian?

J: Pertama, pengacara majlis akan mengumumkan setiap organisasi yang mengambil bahagian. Selepas menayangkan video pendek tentang organisasi pemenang anugerah Stevie yang dihasilkan oleh penganjur, kami akan tayangkan pula video ucapan anugerah 30 saat yang disediakan oleh organisasi pemenang anugerah. Tonton video majlis Anugerah Stevie Asia-Pasifik tahun lepas dan ucapan para pemenang.

 

S: Apakah yang perlu disertakan dalam video ucapan organisasi kami?

J: Dalam borang pendaftaran majlis, anda boleh memuat naik logo organisasi anda (sila pastikan logo beresolusi tinggi digunakan) dan foto atau video pilihan anda. Jika anda masih tiada bahan untuk memuat naik semasa membeli tiket pendaftaran anda, anda boleh kembali ke halaman pembelian tiket pendaftaran organisasi anda dan memuat naik kemudian. Pautan ke halaman pembelian tiket pendaftaran akan dihantar ke e-mel pengesahan yang pembelian.

Bahan media yang dimuat naik selepas 21 Jun boleh jadi tidak digunakan untuk membuat video tentang organisasi anda. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan dapat melihat atau menyunting video organisasi anda sebelum majlis anugerah.

 

S: Jika kami tidak dapat menghadiri majlis tersebut, adakah terdapat video tentang organisasi kami ?

J: Tidak. Kami akan hanya menghasilkan video untuk organisasi yang menghadiri acara.

 

S: Bolehkah organisasi kami menggunakan pakai video tersebut diluar majlis?

J: Ya. Selepas majlis anugerah atas talian, video tersebut akan disiarkan di saluran YouTube kami. Video yang disediakan untuk setiap organisasi yang hadir akan diberikan dan boleh digunakan mengikut kehendak anda.

 

S: Bolehkah saya menyampaikan ucapan anugerah saya dalam siaran langsung selepas organisasi kami diumumkan?

A: Tidak. Setiap organisasi mesti menyediakan video pra-rakaman ucapan selama 30 saat, yang akan ditayangkan pada majlis anugerah atas talian. Pada majlis anugerah atas talian, setiap organisasi akan ditayangkan satu video, tetapi anda boleh memuat naik video ucapan tambahan ke YouTube tanpa had. Selepas acara itu, semua video ucapan anugerah akan dimuat naik ke saluran YouTube.

 

Penghantaran Anugerah

S: Adakah saya akan menerima anugerah sebelum merakam ucapan penerimaan saya?

J: Ya, hadiah akan dihantar kepada pemenang sekitar 27 Mei. Oleh itu, pemenang mesti menerima hadiah sebelum 17 Jun dan merakam serta memuat naik video ucapan penerimaan anugerah untuk tempoh masa kira-kira 3 minggu. 

 

S: Saya ingin memesan replika anugerah untuk dikongsi dengan ahli organisasi saya. Bolehkah kami menerima anugerah masing-masing sebelum mereka merakamkan video ucapan penerimaan anugerah?

J: Replika anugerah boleh dipesan pada bila-bila masa dari kedai Anugerah Stevie di http://stevieawards.myshopify.com. Ia biasanya mengambil masa 6-8 minggu untuk dihantar. Tetapi jika anda melengkapkan pesanan anda sebelum 13 Mei, hadiah itu akan dihantar kepada peserta organisasi anda pada 17 Jun supaya anda boleh merakam video ucapan anugerah peribadi mereka

 

Foto & Video

S: Adakah terdapat kawasan karpet merah untuk fotografi semasa majlis anugerah atas talian?

J: Ya, semua peserta boleh mengambil gambar di karpet merah atas talian. Dalam sistem yang kami gunakan, apabila peserta memuat naik foto persegi atau mengambil swafoto dengan komputer mereka, latar belakang karpet merah khas ditambah.  

 

S: Adakah majlis anugerah dalam talian akan dirakamkan?

J: Ya, majlis anugerah akan disiarkan secara langsung di seluruh dunia melalui Swapcard dan YouTube Live. Sekiranya anda ingin menontonnya pada masa akan datang, ia akan tersedia di YouTube beberapa hari selepas siaran.

 

S: Sekiranya peserta menghadiri majlis Anugerah Stevie secara langsung, bolehkah mereka ditemu bual di karpet merah atas talian?

J: Ya, di platform majlis anugerah, Swapcard, peserta boleh pilihan untuk merakamkan temu bual karpet merah. Manual dan soalan temu bual, serta latar belakang karpet merah akan kami disediakan terlebih dahulu. Temu bual mesti dihantar sebelum 6 Julai dan akan disiarkan di saluran YouTube Anugerah Stevie selepas tarikh itu.  

 

S: Bila dan bagaimana video acara akan tersedia?

J: Video pra-rakaman ucapan penerimaan anugerah anda akan digabungkan dengan video ringkas organisasi anda yang dihasilkan oleh penganjur. Video gabungan ini akan disiarkan di saluran YouTube Anugerah Stevie pada minggu ke-4 bulan Julai.

Video temu bual dengan pemenang Anugerah Stevie akan disiarkan di saluran YouTube Anugerah Stevie pada minggu ke- 4 bulan Julai.

 

Peluang Tajaan dan Pengiklanan

S: Apakah peluang tajaan yang boleh didapati pada Anugerah Stevie Asia Pasifik atas talian?

J: Terdapat dua peringkat pilihan tajaan; kami menerima 5 Penaja Berlian dan 1 Penaja Platinum. Lihat faedah tajaan di sini. Sila tempah tempat organisasi anda sebelum 31 Mei 2022.

 

S: Apakah peluang pengiklanan yang boleh didapati di majlis anugerah?

J: Cara terbaik pengiklanan adalah dengan menjadi penaja majlis anugerah.

 Langkah Selepas Pendaftaran

S: Apa yang perlu saya lakukan selepas mendaftar untuk majlis anugerah?

J: Sebaik sahaja kami menerima bayaran pendaftaran, individu untuk perhubungan organisasi anda akan menerima e-mel dengan senarai semak yang merangkumi semua yang anda perlukan untuk mengambil bahagian dalam majlis anugerah ini. Senarai semak termasuk cara merakam dan memuat naik video 30 saat ucapan penerimaan anugerah atas talian, merakam sesi temu bual di karpet merah, penyediaan profil dan untuk peserta tambahan untuk membuat profil untuk masing-masing di Swapcard, platform majlis atas talian kami

* Sila maklum, anda akan menerima e-mel daripada SwapCard kira-kira dalam tempoh 24 jam selepas melengkapkan borang pendaftaran. Platform ini akan dibuka sekitar 1 Jun, dan anda akan menerima e-mel jemputan selepas tarikh tersebut.