Tip Untuk Penyediaan Penyertaan

1. Tulis Penyertaan Anda Sebelum Mengemukakan Mereka

 Menulis penyertaan di luar talian, supaya anda mempunyai rekod tetap. Kemudian ia akan mengambil hanya beberapa minit untuk menyerahkan mereka melalui sistem penyerahan yang mudah untuk digunakan melalui talian kami. Jangan menulis penyertaan anda secara cepat dalam talian - jika berlakunya masalah dengan komputer anda atau akibat gangguan seketika dalam sistem talian langsung, kerja anda mungkin hilang.

2. Masukkan Bahan Sokongan dan Sambungan Talian

 Melampirkan sokongan fail atau web URL untuk penyertaan anda adalah pilihan tambahan, ia tidak semestinya diperlukan. Tetapi kami sangat menggalakkan anda memasuk bahan-bahan sokongan dengan penyertaan anda kerana anda akan menerima mata tambahan daripada para hakim untuk kemasukan mereka.

3. Fokus pada Pencapaian, Semasa Tempoh Kelayakan

 Tempoh kelayakan untuk Anugerah Stevie® Asia Pasifik 2018 telah dipanjangkan dari 1 Julai 2016 sehingga tarikh anda menghantar penyertaan anda. Walaupun penyertaan anda boleh membuat rujukan ke atas pencapaian sebelum tempoh ini, tetapi sila memberi tumpuan yang lebih luas mengenai pencapaian semasa tempoh kelayakan. Jika tidak, para hakim tidak akan memberikan markah yang tinggi kepada penyertaan anda.

4. Cara Menghantar Penyertaan untuk Pelbgai Pelanggan

 Jika anda bersama agensi pemasaran atau perhunbungan awam dan ingin menghantar penyertaan bagi pihak klien, anda tidak perlu membuat akaun kemasukan penyerahan berasingan dalam sistem talian kami untuk setiap pelanggan. Anda akan dapat membuat dan mewujudkan "penama" yang berasingan bagi setiap pelanggan-pelanggan anda, dan menghantar penyertaan setiap pelanggan di bawah nama penama mereka sendiri.

5. Memeriksa Penyabungan Anda

 Jika anda memasuk sabungan talian ke video , imej atau bahan-bahan sokongan lain dengan penyertaan anda, sila menguji sabungan anda sebelum anda menghantar penyertaan anda. Lihat dulu penyertaan anda sebelum hantar, dan klik sabungan itu sebelumnya untuk memastikan bahawa mereka adalah sah dan dapat dibuka oleh para hakim ke atas kandungan itu yang anda ingin mereka melihat.